Mengerjakan haji dan umrah itu amat besar ganjaran di sisi Allah. Dari Aishah radhiallahu'anha (r.ha) bahawa beliau pernah bertanya Baginda SAW, " Wahai Rasulullah, kami mendapati bahawa jihad itu adalah amalan yang paling baik. Bolehkah kami keluar berjihad? Jawab Baginda, "Tidak, tetapi jihad yang paling baik ialah haji mabrur. (HR Bukhari).
Dari Abdullah bin Masu'd radhiallahu'anhu (r.a) bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam (SAW) bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (HR Tirmizi).
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan. (HR Bukhari).
Dari Ubadah bin Samit, menyatakan mengenai wukuf di Arafah, Allah berkata kepada malaikat, "Wahai malaikat, apakah yang dibawa -hambaku pada hari ini?" Jawab malaikat, "Mereka datang membawa harapan iaitu keredaan-Mu dan mengharapkan syurga-Mu". Allah menjawab, "Wahai malaikat, sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa segala dosa mereka diampunkan walaupun sebilangan pasir di pantai".
Adapun ketika melontar jamrah, bagi setiap anak batu yang dilontar akan menghapuskan satu dosa besar. Ketika tawaf dilakukan, malaikat akan datang dengan meletakkan tangannya di bahu orang yang sedang bertawaf dan berkata, "Teruskanlah melakukan amalan kebaikan, sesungguhnya kesalahan kamu yang lalu sudahpun diampunkan. (HR Tabrani).
Berpandukan hadis di atas, Ibnu Hajar di dalam fatwanya menyatakan bahawa segala dosa sama ada kecil atau besar akan diampunkan Allah SWT.
Sabda Rasulullah, "Haji mabrur itu tiada balasan lain, melainkan syurga". Imam Nawawi di dalam syarah Muslim berpendapat bahawa orang yang mengerjakan haji itu bukan saja dosanya diampunkan malah mereka akan mendapat balasan yang lebih daripada itu iaitu syurga.
4 comments:
salam... abg lan.. menyebut pasal haji.. tahun nih bani terlepas utk ikuy sama berhaji walaupun haji tahun nih haji akbar yg insyaallah jatuh pada hari jumaat...
maklumlah adat org belajar nih kna ikut jadual.. yer dok abg kiter.. hehehe.. so kelas dak leh nk ponteng insyaallah dah tahun last nih...
apa pun sebut pasai haji nih.. timbul bab2 komen tok guru menerima rasuah dgn pergi haji... apa komen abg lan pasai hal nih erk??? bani bnyk duk bermujadalah( berbahas) dalam face book so situ mmg bnyk org duk men kutuk2 berbahas hal2 mcm nih.. klu abg lan ada masa leh la join nnti bani invt... leh gak abg an bagi komen2 bernas.. hekhek.... bani dah postkan url blog abg lan at facebook ritu... semoga dorg dapat manfaat bila membaca hasil penulisan abg lan nih....

Salam ukhwah untuk Dr Hj Roslan...
Terima kasih kerana tulis tazkirah berhubung dengan haji dan umrah. Sesungguhnya peringatan itu manfaat bagi orang yang beriman.
Sesungguhnya addin itu nasihat.Beruntunglah orang yang menerima dengan baik nasihat. Hidup di dunia hanya sementara dan akhirat jua yang kekal abadi.
To Bani... InsyaAllah Abg Lan akan cuba 'curi' masa untuk ikut dalam facebook tu... tapi tak ler bernas sangat idea tu... sekadar kacau daun jer buleh... heheheh..
To Dr. Mokhtar... Hebat lah Abg. Mokhtar nih... lama tak call. Berilah alamat emel boleh beremel2... Kuatnya study abang aku ni... tup-tup dah PhD dah... ambe nih ada juga PHD... hok dalam hati tu...ler..hikhik.. tapi yang baik2 punya tau. Jangan salah faham...
Post a Comment