
Ya Allah ya Tuhanku... Berilah kemenangan kepada calon PAS dalam pilihanraya Bagan Pinang pada 11 Oktober ini Ya Allah. Berilah kekuatan kepada para petugas dan para pejuang Pakatan Rakyat untuk terus berdakwah dan memberi penerangan kepada rakyat tentang keburukan calon BN dan kezaliman BN itu sendiri. Bukakanlah pintu-pintu hati rakyat dan para pengundi di DUN Bagan Pinang khasnya untuk memberikan undi kepada pejuang kebenaran (PAS) sehingga dengannya akan menjadi sebahagian daripada amal soleh untuk menjadi bekalan ketika menghadap-Mu di Akhirat nanti.
Ya Allah ya Tuhanku... Bukakanlah pintu-pintu hidayah-Mu kepada kami semua termasuk para pengundi atas pagar malah kepada penyokong tegar BN sekalipun agar melihat yang benar itu benar dan salah itu salah dan dapat berada di atas kebenaran dengan menumbangkan calon BN ya Allah... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah... akan kezaliman kerajaan BN dan sesungguhnya Engkau juga mengetahui ya Allah bahawa kami ini berjuang demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini, namun kekuatan dan keupayaan kami cukup terbatas dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. Namun kami tetap yakin ya Allah bahawa kekuatan-Mu melebihi segala kekuatan dan Engkau mampu memberi kemenangan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Maka berilah kemenangan kepada calon kami dari PAS dalam pilihanraya ini... sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala doa.
Ya Allah ya Tuhanku... Engkau satukanlah hati-hati kami agar sentiasa ikhlas dalam perjuangan kerana hanya amalan ikhlas sahaja yang Engkau terima. Engkau kukuhkanlah persatuan kami, Engkau hapuskan kedengakian dan segala sifat buruk sangka di kalangan kami, Engkau tutupkanlah keaiban kami, engkau hindarkanlah segala fitnah yang sedang dan akan berlaku di antara kami agar kami dapat bersatu membina kekuatan untuk terus menumbangkan kerajaan BN dan menegakkan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.
Ya Allah... hancurkanlah kekuatan BN, cerai-beraikanlah pakatan mereka, musnahkanlah kepercayaan rakyat terhadap mereka dan leburkanlah keangkuhan mereka. Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Dzal Jalaali Wal Ikram... Engkau melihat apa yang mereka lakukan, Engkau tahu apa yang mereka rancangkan... Maka ya Allah gagalkanlah segala tindakan dan perancangan mereka. Sesungguhnya perancangan-Mu adalah sebaik-baik perancangan...
Ya Tuhan kami, kurniakan kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan serta kejayaan kepada kami di Akhirat nanti dan jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu. Dan Salawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, dan keatas ahli keluarga baginda dan para sahabat keseluruhannya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam... Amiin..
No comments:
Post a Comment