(Ibnul Munzir)
Jantung saya terus berdebar... saya percaya jantung para pencinta Islam melalui perjuangan Jemaah Politik & Dakwah yang diberi nama PAS ini juga turut berdebar. Meskipun Muktamar ke-55 telah berakhir dan keputusan penjawat amanah Allah seterusnya telah diketahui, namun debaran semakin kencang apabila UMNO/BN berjaya mendapat 'hot button' untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR) melalui isu Kerajaan Perpaduan.
Bagi 'hard core' PR isu ini telah selesai kerana mereka mendapat maklumat yang betul dan berlapang dada dengan kepimpinan. Namun bagi penyokong dan pengundi ianya masih belum selesai kerana sikap berlapang dada bagi mereka agak kurang. Apatah lagi isu ini terus dimainkan oleh media massa pada setiap kesempatan kerana inilah satu-satunya ruang yang terbuka untuk melihat PR hancur. UMNO/BN telah melihat mendung yang menyelimuti parti itu sejak PRU12 sedikit demi sedikit bergerak pergi dan mereka mula melihat sinar mentari di hujung sana membolehkan mereka mendapat 'charge' semula bagi menggerakkan parti assobiyah itu untuk menawan Manik Urai pada PRK 14 Julai ini bagi mendapatkan 'charge' yang lebih besar lagi. Ini bermakna PRK Manik Urai merupakan PRK yang cukup-cukup penting kepada kedua-dua pihak.
Di dada-dada blog persendirian pula masih ramai yang tidak memainkan peranan yang efektif bagi menjelaskan keadaan sebenar isu ini malah mereka masih meneruskan tradisi mereka membuat kenyataan ikut suka hati menurut kefahaman mereka. Meskipun mereka ini antaranya telah berjasa besar dalam memenangkan PR pada beberapa PRK DUN dan Parlimen baru-baru ini, namun barangkali kerana tiada pemantauan dan persatuan blogger-blogger sesama mereka menyebabkan tulisan-tulisan mereka tidak sepakat. Tulisan-tulisan ini pula ditokok-tambah dengan ulasan-ulasan di ruangan komen oleh orang-orang yang tidak dikenali yang bila saya 'follow' ada di antara mereka merupakan penulis-penulis blog UMNO yang tujuannya sama untuk memporak-perandakan PR.
Saya cukup tertarik ulasan YB Ir. Khalid Samad (klik sini) yang relevan dan perlu diambil kira oleh pimpinan PAS yang baru dalam menyelesaikan konflik ini. Peperangan Siffin yang cukup menyedihkan... meskipun ianya merupakan salah faham antara dua kumpulan Islam yang sangat berjasa kepada Islam, namun kesedaran pimpinan sahaja tidak membawa apa-apa makna sekiranya penyokong tidak mendapat kesedaran yang sama.
Para pencinta perjuangan ini semua tahu bahawa sebenarnya isu Kerajaan Perpaduan ini telah selesai beberapa minggu sebelum Muktamar PAS ke-55 yang lalu setelah secara rasmi ditarik balik oleh Presiden, TGHH. Ia suatu gagasan yang cemerlang dari seorang Presiden yang tidak dapat tidur malam beberapa hari kerana memikirkan bagaimana mahu menyekat Najib dari menjadi PM. Kenapa nak sekat Najib? Kerana Najib tidak membersihkan dirinya dari rekod yang begitu buruk dan ganas. Bagaimana mungkin Malaysia akan berperdana-menterikan seorang yang masih kotor? Bagaimana nanti keadaan Malaysia? Bagaimana dengan para pelabur? Bagaimana nanti dengan Sistem Kehakiman yang tercemar? Sistem Eksekutif yang diceroboh? Sistem keselamatan, pendidikan... dan berbagai-bagai lagi yang ternoda dan sebahagiannya lagi menunggu masa untuk dinoda? Ertinya kita sedap-sedap tidur, tetapi Presiden sedang memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya dari seorang seperti Najib.
Tapi malangnya dan merupakan takdir Allah juga, ia timbul di dalam muktamar. Kenapa timbul? Sayapun tak tahu kerana tidak mengikuti perbahasan sepenuhnya. Barangkali kerana tidak disedari atau merupakan suatu sentuhan biasa untuk dijadikan contoh dalam ucapan... ianya menjadi besar kerana wartawan seluruh dunia sedang memerhatikan ketika itu. Maka, jadilah apa yang berlaku ketika ini. Ketidak-puasan hati, rasa dikhianati, tuduh-menuduh, caci-mencaci, ugut-mengugut dan sebagainya.
Apakah Presiden PAS, TGHH bersalah? Tidak! Apakah Mursyidul Am, TGNA bersalah? Tidak! Tapi, ianya adalah isu yang dimainkan oleh media pro-UMNO/BN dan berjaya mempengaruhi rakyat yang rata-rata membenci UMNO/BN ini. Oleh kerana ianya hampir-hampir 2 minggu berlalu, tapi belum mendapat penyelesaian yang konkrit, maka ini dianggap satu kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku. PAS masih belum pro-aktif dalam mempertahankan diri dan meyerang balas isu yang timbul. Oleh itu, bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat, mereka mahu kenyataan dari pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti gabungan PR iaitu PAS, PKR dan DAP. Mereka tidak mahu diwakili oleh sesiapapun meskipun Timbalan Presiden apatah lagi Setiausaha Agong. Dalam hal ini cadang MSO (klik sini) merupakan satu cadangan yang cukup baik dan perlu diambil perhatian segera oleh pimpinan PR.
PRK Manik Urai sedang melambai-lambai. Tarikh 14 Julai, jika bumi ini tidak kiamat tetap akan sampai. PR perlu menang di Manik Urai untuk kembali bertahta di hati rakyat dan pengundi. Kemudian isu di Perak akan menjadi tumpuan semula. InsyaAllah barisan kepemimpinan PAS baru yang cukup mantap dan digeruni dari Muslimat, Pemuda dan peringkat Pusat itu, akan menjadi nilai tambah kepada usaha mencapai kemenangan menguburkan UMNO/BN nanti.
Kepada rakyat yang cintakan keadilan, bersabarlah... Biar apapun yang berlaku, ianya hanyalah suasana peperangan yang mencemaskan. Namun hakikat sebenar, UMNO/BN lah yang jahat dan pencipta angkara. PR tetap merupakan pilihan untuk generasi Malaysia Baru.
1 comment:
Ulasan yang mantap!!!
Post a Comment