(Ibnul Munzir)
Walaupun hati saya bergetar ingin menulis... tapi naluri kecil saya mengatakan "jangan". Oleh kerana saya ingin sekali menyatakannya sebagai pandangan peribadi kepada jemaah dan kepimpinan yang dikasihi, maka saya menggunakan kaedah "hati-hati" kerana tulisan ini dibimbangi akan mempengaruhi wala' kepada pemimpin.
Pagi ini saya berkesempatan membaca tulisan Kickdefella (klik sini) yang mendedahkan perancangan cukup rapi dan licik UMNO bagi menghancurkan PR melalui PAS dengan kaedah yang sangat tidak disangka-sangka oleh sesiapapun kecuali Allah dan pihak UMNO sendiri, saya berpendapat pimpinan yang berkenaan perlu tampil memberikan komen dengan jujur dan berani. Keberaniannya bukan suatu kelemahan kepada beliau, tetapi suatu kekuatan yang sekaligus akan menghapuskan banyak kekeliruan dan tidak puas hati pengikut dan penyokong PR terutama di kalangan PAS sendiri.
Dalam membuat percaturan strategi politik dalam dunia yang serba taktikal dan tipudaya ini, mesyuarat merupakan jalan yang telah ditunjuki oleh Ar-Rasul Sallallahu'alaihi wasallam (SAW) yang wajib dilakukan oleh pemimpin bagi mengelakkan terjadinya 'bencana' kepada umat Islam. Sekiranya mesyuarat telah dilakukan dan 'bencana' tetap juga berlaku, maka penyesalan tidak akan berlaku kerana itu merupakan ujian dan bukan merupakan bala dari Allah.
Saya masih mengharapkan kenyataan Pak Sheikh Kickdefella itu tidak tepat. Namun, tidak kira ketepatan berita itu, pemimpin PAS yang terlibat itu perlu berani. Dalam kes ini beliau perlu berani menafikan dengan hujah dan fakta atau mengaku sahaja. Pengakuan bukan kelemahan kerana perkara yang berlaku ketika itu adalah suatu strategi yang diambil bagi menyelamatkan umat dan rakyat Malaysia. Meskipun langkah yang diambil itu kadangkala tidak tepat, tetapi atas 'ijtihad' itu ia telah mendapat satu pahala. Pengakuan dan penafian itu juga amat perlu untuk menolak tanggapan pihak-pihak yang 'outspoken' bahawa PAS akan masuk UMNO. Dan yang lebih penting ialah ianya dapat menutup terus ruang-ruang yang dapat menghancurkan PR diambang kejayaannya menguasai Malaysia.
Saya tidak tahu apakah Tok Guru Nik Aziz tahu atau tidak tentang 'konspirasi' UMNO ini. Tetapi apa yang telah dilakukannya dengan membuat kenyataan seperti 'mengarut', 'boneka UMNO' dan seumpamanya itu bagi menghalang suatu yang boleh menimbulkan perpecahan dalam parti adalah sangat kena pada masanya. Pada kesempatan yang sedikit dalam muktamar, apabila beliau mendengar 'desas-desus' isu yang boleh mencetuskan kecelaruan ini, dengan pantas beliau membuat kenyataan bagi mencantas perwakilan dari membincangkan perkara itu. Sebagaimana kita tahu taktik politik Tok Guru yang cukup pandai mematikan isu, dalam kes ini ianya juga dianggap begitu. Ia bukan mengatakan Presiden PAS sebagai boneka UMNO, atau Timbalan Presiden sebagai boneka UMNO, tetapi ia adalah bagi mematikan isu ini dari terus dibincangkan. Tok Guru bukan tidak tahu tentang Kerajaan Perpaduan, di mana baiknya dan di mana buruknya, Tok Guru lebih arif tentang Sirah Nabawiyah yang mengharuskan kerjasama seperti itu, tetapi Tok Guru juga 'alim suasana politik sekarang, 'alim dengan sikap UMNO dan tahu menggunakan fiqh awlawiyat pada tempatnya. Ya.. sekarang bukan masanya. Pintu perpecahan perlu ditutup segera, pemimpin PAS juga perlu membuat kenyataan hitam atau putih. Tidak ada kelabu-kelabu lagi.
Dengan penjelasan Pak Sheikh, kita menjadi semakin sedar, sekiranya kita berperang di medan politik berbekalkan kekuatan strategi politik semata-mata, kita akan kalah. Musuh politik kita terlalu banyak bekalan strateginya. Mereka ambil semua sekali yang halal dan yang haram. Tiada pertimbangan syariah di pihak musuh politik yang kita kenali itu. Jadi, sebagaimana kemenangan yang diperolehi oleh Ar-Rasul SAW melalui kekuatan akidah yang membentuk wala', begitu juga dengan perjuangan PAS ketika ini. Tanpa wala' yang tinggi dari ahli-ahli jemaah, penyokong pun tidak dapat diperthankan, apatah lagi musuh yang ingin dikalahkan.
4 comments:
Askum
Semoga ALLLAH memberkati Dr Roslan
Apa yang Dr Roslan tulis samalah dengan pendirian ana. Tak sangka ada juga orang Ganu yang berpendapat macam ni.
Ana juga suka mengambil langkah berhati-hati namun dalam masa yang sama sedih melihat situasi ini.
Siyasah syariah hancur dengan polemik ini.
Suka ana menggariskan dua point utama yang ana setuju dan pegang dan D. Roslan tulis di atas:-
1) Majlis syura
2) Prinsip Dalam Politik
Sayangnya masalah ini timbul, kerana hambar dua aspek tersebut. Ana ada bincang dengan ayah saudara yang balik Muktamar baru ini. Sekalipun mungkin idea kami berbeza namun dapat juga cetusan idea.
Wala' tetap wala'. Namun bila berlaku tanazu' - perbalahan- siapa betul dan siapa salah maka mesyuarat atau majlis syura' yang perlu diaktifkan kembali.
Sebagai mereka yang bekerja di akar umbi semasa di Selangor. Perbincangan dengan UMNO tanpa Syura' (sekalipun ada yang mengatakan syura', hasil dari perbincangan dengan dan berita sohih ia BUKAN syura) mengguris hati ana. Rasa malu berhadapan dengan mad'u DAP dan PKR. Rasa ditampar dan dicarik-carik maruah berpegang pada janji dan prinsip perjanjian siasah syariah. Terasa telah menipu penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi yang mula percaya pada ISLAM.
Sekalipun kita punya perancangan, jalankan dengan syura' dan terancang. Biar atas disiplin dan prinsip politik yang mulia. Agar jujur berhadapan kawan dan lawan.
Semoga ALLAH membantu kita. AMIN.
To AlQasam.
Jzkk atas pandangan yang baik terhadap isu ini. Kecintaan kita kepada jemaah menyebabkan kita risau krisis yang berlaku.
Apapun, ia sesungguhnya menunjukkan yang ahli-ahli kita masih kurang dari sudut tarbiyah dan cabaran kepimpinan untuk mengatasinya. Alhamdulillah ia berlaku sekarang. Masih ada peluang untuk mengoreksi diri. Bagaimana kalau ianya berlaku hampir dengan PRU13?
Ulasan TGNA dalam akhbar hari ini tambah menakutkan kita semua. Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua dan menyelamatkan jemaah ini dari kehancuran. PRK Manik Urai adalah medan charging semangat dan penyelamat kita semua.
BismillahiMashALLAH
Amin. Amin. Amin.
Semoga ALLAH membantu kita menghadapi salah satu konlfik ini yang inshALLAH jika ditangani dengan prinsip siasah yang betul dan tawajjuh pada ALLAH disertai dengan stratergi yang tepat akan mematangkan kita sendiri.
Ana suka berbalik melihat Sirah saw. Kisah Baiah selepas Rasulullah saw wafat. Berlaku khilaf. Ada yang tidak mahu Baiah ada yang mengatakan terus harus wala'. Akhirnya dicadangkan satu majlis Syura.
Dalam Hadis soheh saw ada berbunyi:-
" Al-Harbu Khad'ah"
Yakni peperangan itu penuh tipu helah. Ulama' hadis dan fekah ketika membahaskan Hadis ini begitu dalam sekali. Bagaimana Rasulullah saw bijak menggunakan stratergi untuk berdepan musuh.
Jika dinisbah dengan kita sekarang. Politik itu penuh tipu helah. Semua dari kita tidak dapat berlepas dari terkena tipu helah tersebut. Solusinya, perlu menyiapkan barisan dengan sususan stratergi yang mantap.
Akhirnya, at the end of the day ana lebih suka mengambil jalan tengah yang diajar ISLAM. Menerusi satu kaedah feqhiah.
" Khuruj Minal Khilaf Mustahab"
Keluar dari khilaf, harus. Jesteru, ana tunggu dan lihat dan menerima apa sahaja keputusan pimpinan yang didoakan terhasil dari kembali pada Quran dan Sunnah dan ijma' yang jitu. Semoga ALLAH memimpin kita untuk membuat keputusan yang terbaik dengan cara yang terbaik berdasarkan prinsip siasah yang terbaik.
Semoga tidak jadi seperti Perang Jamal.
Apa yang ada seorang pendokong yang kerdil ini melainkan doa? Maka Khuruj minal Khilaf mustahab. Maka ana, kita sama-sama mendoakan dan bertawajjuh pada ALLAH dengan sehabis mungkin. InshALLAH.
Amin.
Post a Comment