Sekejap keluar, sekejap masuk... sampai bila krisis kerajaan Perak ini akan berakhir. Perkara ini tak akan selesai selagi pihak yang berkuasa masih terus mementingkan nafsu daripada kebenaran.

Siapakah pihak yang berkuasa dalam kes ini? Pertama, Sultan Perak. Krisis ini sangat mudah untuk diselesaikan jika pembubaran DUN dilakukan. Pernohonan Nizar untuk membubarkan DUN kenapa harus ditolak sedangkan apa untungnya kepada Pakatan Rakyat dengan permohonan Nizar bagi membubarkan DUN? Pilihanraya akan diadakan semula. Rakyat akan menentukan siapa yang harus memerintah Perak. Jika BN menang, silakanlah masuk Bangunan SUK dan Pejabat MB, tapi jika PR menang, silalah tinggalkan bangunan tu untuk PR masuk Bangunan SUK dan Pejabat MB. Cukup mudah. Kes tak perlu diheret walau ke Mahkamah Majistret sekalipun. Tapi, mengapa perkara ini tak berlaku? Apakah ada 'udang di sebalik batu' yang mendalangi krisis ini? Allahu a'lam.

Ketiga, Mahkamah Persekutuan. Setakat ini, Mahkamah Persekutuan telah berperanan dengan baik apabila menolak untuk membicarakan kes ini pada peringkat pertama dulu. Meskipun dalam mentafsirkan beberapa isu baru-baru ini nampak sedikit ketegangan, namun Hakim telah bertindak bijak kerana menolak 8 daripada 10 permohonan Zambry. Meskipun Zambry tahu bahawa keputusan itu tidak membolehkan dia dan 'Geng 10' itu untuk masuk sidang DUN, namun kerana back-up kuat dari Kerajaan Pusat menyebabkan terjadilah peristiwa perebutan kerusi Speaker dan MB seperti budak kecil, yang disokong oleh pihak polis yang seperti tidak tahu undang-undang Malaysia. Namun, mudah-mudahan Mahkamah Rayuan tidak ada udang di sebalik batu untuk berpihak kepada nafsu bagi memenangkan yang zalim.
Saya masih percaya bahawa masih adanya hakim-hakim yang baik dan bertanggungjawab meskipun lebih ramai hakim yang lebih rela menjatuhkan dirinya ke dalam neraka. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
”Hakim ada tiga macam. Dua masuk neraka dan yang satu masuk syurga. Hakim yang masuk surga adalah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan hakim yang masuk neraka adalah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang benar tetapi curang dalam membuat keputusan; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang benar, kemudian membuat keputusan dengan kebodohannya.” ( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment