Monday, April 22, 2013

22 Calon Bebas akan jadi tukang kempen penaklukan Putrajaya

(Ibnul Munzir)

Apabila parti yang memegang tampuk kerajaan sudah berani bertanding untuk calon Bebas, ertinya kerajaan yang dipimpinnya akan tumbang. Kenapa saya berkata demikian? Sebab, mereka adalah pemimpin. Mereka mempunyai penyokong dan mereka mempunyai jentera akar umbi.

Mereka sanggup dikenakan tindakan parti yang selama ini mereka agungkan. Parti yang selama ini menjadi tempat periuk nasi mereka mendapatkan projek dan kekayaan. Ertinya tindakan mereka bukan tindakan yang kecil. Tindakan yang mustahil disebabkan kena beli, disogok oleh parti lawan dan sebagainya.

Kesemua mereka ini melibatkan lebih 15 kerusi DUN dan Parlimen. Mereka akan menjadi pemecah undi. Kesannya, parlimen dan DUN yang yang melibatkan mereka ini akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat (insyaAllah).

Dari segi kerusi, mungkin tidak banyak berbanding keseluruhan kerusi DUN dan Parlimen yang dipertandingkan, tetapi dari segi moral dan kesannya pasti akan menjadi bom nuklear yang akan mencabut nyawa UMNO dan Barisan Nasional. Apatah lagi mereka yang terlibat ialah public figure seperti Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Datuk Seri Mohd Shariff Omar, bekas Timbalan Menteri Pertanian. Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan bekas ahli-ahli Parlimen yang mempunyai network yang bukan sedikit. Mereka pasti akan ditanya oleh rakan-rakan dan saudara mara. Bila ditanya pasti mereka akan menerangkan, dan inilah virus yang akan membarah dan membunuh UMNO.

Bila mereka bertanding, mereka pasti nak menang. Setidak-tidaknya ingin memastikan wang deposit tidak hangus. Selama 15 hari mereka akan kempen habis-habisan. Segala kebobrokan UMNO akan terbongkar satu-persatu. Kalau dulu hanya parti pembangkang yang mendedahkannya, tapi kali ini para pemimpin mereka sendiri yang mengesahkannya... Rakyat akan mendapat maklumat percuma dari 22 orang tukang kempen ini untuk menamatkan riwayat UMNO yang sombong dan zalim itu.

Itulah harapan rakyat. Itulah doa rakyat yang dizalimi, doa yang tiada hijab. Doa yang pasti akan dimakbulkan oleh Allah samada cepat atau lambat.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah". (HR Muttafaq 'Alaih).

Dari Anas bin Malik katanya Nabi SAW bersabda:
"Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah."(HR Ahmad - Al Albani menyatakan hadis hasan)

1 comment:

bbet99 said...

"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...