Sunday, June 21, 2015

PARTI ISLAM BARU?

(Ibnul Munzir)

Dari sudut hukum - kewujudan Parti Islam di tempat yang sama bagi menyaingi parti Islam yang ada adalah HARAM. Ia akan memecah belahkan kesatuan umah. Perpecahan adalah dilarang dalam Islam. Hujah? Cari sendiri... anda boleh bertanya ulama' atau boleh google saja.

Dari sudut sejarah - perpecahan akan merugikan umat Islam dan cita-cita Islam. Bacalah seawal Perang Jamal dan Perang Siffin.. diikuti oleh rentetan sejarah selepas itu sehingga kejatuhan kerajaan Uthmaniyah dan jatuhnya Palestin kepada tangan kuffar.

Dari sudut politik - memecahkan undi. Siapa akan untung? Tentulah parti penyandang iaitu UMNO-BN. Legasi kebobrokan dan kerosakan yang dibuat oleh parti itu akan semakin panjang hayatnya...

Siapa yang meyokong penubuhan parti baru ini... anda jawablah di akhirat. Tak kira siapa anda...

Saturday, June 20, 2015

KENAPA PR HAMPIR BERJAYA DIKUBURKAN

Ibnul Munzir

Puncanya kerana tanpa sedar para pendokong PR terus menerus menjadikan akhbar-akhbar di bawah sebagai rujukan:
1. The Malaysian Insider
2. Malaysiakini

Siapakah pemilik kedua-dua akhbar tersebut? Sila kaji...

Alangkah mudahnya pihak musuh menanam persepsi dengan melontarkan fitnah dan pelbagai dakwaan. Kekuatan PR yang telah disokong oleh majoriti rakyat (baca 52% rakyat mengundi PR pada PRU13) hampir pasti akan menumbangkan UMNO-BN pada PRU14 dengan isu yang semakin menyebabkan rakyat menolaknya... 1MDB, Tabung Haji, FGVH, hutang kerajaan dan 1001 isu lagi... semua itu hampir pasti akan menelungkupkan UMNO-BN.

Dr. Mahathir yang menyedari akan hal ini bermati-matian cuba menyelamatkan UMNO dengan menggesa agar Najib letak jawatan... namun usaha itu nampak masih tidak berhasil...

Namun usaha dalaman yang terancang ialah bagi memecahkan PR dari dalam... ya... inilah satu-satunya cara yang dapat menghalang kemaraan PR ke Putrajaya... bagaimana? Menanam persepsi para penyokong PR dengan menjadikan akhbar-akhbar online popular itu sumber rujukan. Nah!! anda akan lihat selagi kedua-dua akhbar ini tidak ditinggalkan... sukar untuk UMNO-BN ditumbangkan...

Saturday, April 27, 2013

Undi PR bermakna menentang kerajaan dan pengkhianat?

(Ibnul Munzir)

Saya ingat kepercayaan dan pemikiran seperti ini sudah tiada. Rupa-rupanya ia masih ada dan berakar di kalangan umat Melayu bangsaku. Ironinya mereka yang masih berpegang kuat dengan kepercayaan karut dan mazhab sesat ini adalah di kalangan golongan pertengahan dan terpelajar.

Apa kena mengena mengundi dengan menentang kerajaan? Ia dua entiti yang berbeza. Kerajaan dengan erti yang mudah ialah wilayah sesebuah pemerintahan. Kalau contoh Malaysia, kerajaan Malaysia ialah wilayah pemerintahan yang dibatasi oleh sempadan geografi Malaysia itu sendiri. Pernahkan pilihanraya dijalankan antara Parti Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Kerajaan Malaysia? Tidak pernah. Jadi di mana rasionalnya bila mengundi PAS atau PR itu boleh dikatakan melawan kerajaan? Dalam pilihanraya yang diadakan, parti yang bertanding adalah Pakatan Rakyat (PR) melawan Barisan Nasional (BN). Bukan PR melawan Kerajaan Malaysia!


Apabila sesebuah kerajaan seperti Malaysia ini membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), itu bererti pentadbir kerajaan sudah tidak ada lagi. Gelaran YB tidak ada lagi sebab semua jawatan politik seperti PM, TPM, Menteri Besar, Menteri-Menteri dan lain-lain akan terlucut dengan sendiri. Pilihanraya perlu diadakan untuk melantik kerajaan baru. sebenarnya bukan melantik kerajaan, tetapi melantik PENTADBIR kerajaan. Pengundian perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari.

Kesalahan kita dalam memahami konteks ini ialah apabila lebih 50 tahun dimomokkan apabila BN menang pilihanraya, maka kerajaan yang ditubuhkan itu adalah Kerajaan BN. Bila telah sebati dengan pendapat ini, maka sebab itulah pemimpin-pemimpin BN yang berakal pendek itu menyangka bahawa duit kerajaan Malaysia itu adalah miliknya. Mereka boleh mengagihkan sesuka hatinya. Mereka boleh menggunakan segala jentera dan kemudahan kerajaan seperti miliknya.

Begitu juga apabila PR menang pilihanraya. Kerajaan ini tetap Kerajaan Malaysia. Bukan Kerajaan PR. PR hanya diamanahkan mentadbir. Pegawai-pegawai kerajaan adalah pegawai kerajaan Malaysia, bukan kerajaan PR.

Kekeliruan seperti ini adalah merosakkan kerana dengan pendapat seperti ini akan menyebabkan penyelewengan, rasuah, kezaliman, salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dibiarkan sedangkan ianya jelas dengan bukti-bukti. Kenapa dibiarkan? Kerana nak mengundi parti lain takut dikatakan menentang kerajaan. Akhirnya jadilah seperti apa yang telah terjadi. Ingat! Membiarkan pemimpin kerajaan melakukan kejahatan juga sebuah kejahatan kerana cepat ataupun lambat ia akan rosaklah negara dan generasi akan datang.

Justeru itu wahai bangsaku Melayu dan para pegawai kerajaan.... bebaskan minda anda dari ajaran sesat itu kerana anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, bukan kerajaan BN. Oleh itu, tunaikan hak dan kewajipan anda untuk memilih parti yang akan membebaskan Malaysia dari kerosakan dan membawa negara kita ini ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.

Thursday, April 25, 2013

Jawapan kepada candu pembohongan UMNO-BN

(Ibnul Munzir)

Kempen PRU13 semakin hangat. Kempen yang dilihat sangat berat sebelah. Sekurang-kurangnya 2 jam setiap malam ketika waktu puncak (prime time) penggunaan media TV, UMNO-BN menggunakan habis-habisan media milik kerajaan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti lawan (Pakatan Rakyat). Suatu tindakan yang zalim (yang pasti akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti) kerana media elektronik itu seharusnya boleh digunakan oleh semua parti. Namun itulah yang digunakan oleh UMNO-BN sejak memerintah negara ini lebih 50 tahun. Tanpa rasa bersalah!

Rakyat terus dikhayalkan dengan candu UMNO-BN.

Candu BN yang terus masuk dan bersarang di lubuk hati masyarakat Melayu , antaranya:

1. Hanya UMNO-BN yang boleh memerintah.
Suatu kenyataan yang tidak berfakta. Dan paling menggerunkan ialah boleh merosakkan aqidah.
Firman Allah SWT, (yang bermaksud): "Wahai Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa. (Ali-Imran:26)

Tiada kerajaan yang kekal. Kerajaan Nabi Sulaiman yang begitu hebat tidak kekal, kerajaan Fir'aun juga tidak kekal. Kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW yang seterusnya disambung oleh sahabat-sahabat khulafa' Ar Rasyidin tidak kekal, kerajaan Umar b. Abdul Aziz yang cukup adil dan makmur juga tidak kekal. Jadi bagaimana UMNO-BN boleh mengatakan hanya mereka yang boleh memerintah?

Senarai panjang yang pernah disebutkan di sini juga membuktikan bahawa UMNO-BN sebenarnya bukan pandai memerintah, tetapi pandai merompak wang kerajaan dan membinasakan ekonomi Malaysia.

2. Mengundi Pakatan Rakyat akan menyebabkan DAP menjadi Perdana Menteri dan akan membawa masuk rakyat cina dari Singapura dan Negeri China.
Fakta bohong ini sangat tidak berasas. Bagaimana mungkin ini berlaku sedangkan penegasan DAP dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak akan menjadi PM. Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia yang menjamin keistimewaan bangsa Melayu serta peranan YDP Agong dalam perlantikan PM.

Sejarah di Perak selepas PRU12 tahun 2008 telah membuktikan komitmen DAP dan peranan Sultan bagi perlantikan MB. Meskipun hanya mempunyai 6 kerusi DUN, PAS telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menjadi MB Perak dengan tiada sebarang kekecohan daripada DAP.

3. Negara akan huru-hara jika Pakatan Rakyat memerintah.
Alasan apa yang menyebabkan huru-hara? Kerana DAP tidak bersetuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud? Sekali lagi UMNO-BN sudah tertinggal zaman. DAP tidak mungkin akan menolak Hukum Hudud kerana mereka tidak terlibat dengan hukum tersebut kerana Hukum Hudud hanyalah melibatkan orang Islam yang menjadi penjenayah. Terbukti setelah diberikan penerangan yang sewajarnya, mereka tidak pernah menolak. Rupa-rupanya yang menolak Hukum Hudud adalah UMNO sendiri! Wana'uzubillah....

Banyak lagi persoalan yang menjadi candu kepada rakyat marhaen yang perlu dikupas dan dijawab. Sempena PRU 13 ini, PAS telah membuat inisiatif mengadakan video khas " ANDA TANYA TOK GURU JAWAB" bagi memberikan penjelasan yang jujur dan benar persoalan yang sering dimainkan sebagai isu dan fitnah oleh UMNO-BN. Berikut adalah linknya :-

1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS keldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. Isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. Tolak UMNO tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. Isu tabung Memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. Negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. Isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. Isu kafirkan orang UMNO 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. Batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. Peranan tok guru di Marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. Tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. Dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. Islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. Hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. Ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. Hudud di Terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. Kilang arak Selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. Judi Genting Highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. Projek membazir Terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNO http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84
24. Perancangan hospital perubatan percuma  http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah megundi BN  ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 24, 2013

Hari-hari ku dengar duit negara hilang! Kali ini Najib yang bawa lari?

(Ibnul Munzir)

Berita mengenai sejumlah RM7 billion dilarikan DS Najib ke akaun sulit di Pulau Cayman, bahagian Barat Kepulauan Caribean, sangat mengejutkan dan memalukan. Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Saya bukan pengulas ekonomi, tetapi saya ingin melihat dari sudut kewajaranwang sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun sulit yang tidak tahu ke mana akan dibelanjakannya.

Apakah perlunya sesuatu transaksi dan urusniaga itu dirahsiakan? Sedangkan semua urusan kerajaan adalah amanah yang perlu diketahui umum. Samada ia berjaya atau ia gagal, ia adalah hak umum. Malah kerajaan Malaysia sendiri adalah milik rakyat malaysia.

Sesuatu urusniaga yang dirahsiakan pasti mengandungi unsur-unsur yang tidak baik atau penyelewengan. Jika tidak kenapa harus berahsia?

RM7 billion bukan suatu yang sedikit. Kalau sebuah sekolah berharga RM1 juta, maka ia boleh membina 7000 buah sekolah. Kalau sebuah hospital berharga RM4 juta ia boleh membina 1,750 buah hospital. Kalau lebuhraya sepanjang 1 km berharga RM1.5 juta, ia boleh membina lebuhraya sepanjang 4,666 km iaitu dari Kota Bharu Kelantan ke Kuala Lumpur.

Berapa ramai rakyat Malaysia beroleh manfaat jika wang rakyat itu digunakan pada jalan yang betul. Subhanallah. Hampir setiap hari aku mendengar duit negara hilang hasil pemerintahan UMNO-BN. Ke mana nak dibawanya wang sebegitu banyak? Kubur mana yang nak terima? Tapi kerana kerakusan dan menganggap hidup adalah sekali dan selamanya, maka inilah jadinya.

Ayuh saudaraku... selamatkan Malaysia pada PRU13 yang tidaka berapa hari lagi...

Ini kalilah...

Tuesday, April 23, 2013

Ayuh membina Malaysia Baru dengan doa

Ibnul Munzir

Kalau mahu dibandingkan antara jentera UMNO-BN dengan PR, maka umpama membandingkan seekor kuman dengan seekor gajah. Kalaulah kemenangan itu berkadar terus dengan kelengkapan dan kehebatan jentera pilihanraya, maka UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya. Mujurlah Allah tidak memberikan kemenangan berdasarkan itu semua, tetapi Allah memberikan kemenangan apabila Dia menghendakinya. Inilah keadilan Allah.

Pilihanraya ini umpama peperangan juga. Lihatlah di Badar Al-Kubra. Sirah peperangan yang selalu kita jadikan rujukan. Allah memenangkan tentera Islam pimpinan manusia agung, Rasulullah SAW. Tentera Islam yang jauh lebih sedikit bilangannya, hanya bersenjata pelepah tamar dan senjata yang ala kadar, telah mendapat kemenangan melawan tentera kufar yang begitu lengkap bersenjata dengan bilangan yang lebih ramai. Kenapa? Kerana kemenangan itu bukanlah kerana itu semua. Tetapi kemenangan itu adalah milik Allah. Dia berkuasa memberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Kelengkapan dan persediaan itu dituntut untuk kita menyediakannya kerana di situ tersedia pahala yang besar. Allah tidak bertanya kenapa kamu menang/kalah, tetapi Allah bertanya apa yang kamu lakukan untuk menang/kalah. Inilah aqidah murni yang kita pegang.

Dalam peperangan pilihanraya ini ia melibatkan hati-hati manusia. Fizikal boleh dibeli, tetapi hati tak boleh dibeli. Sebab itu, biarlah kita tewas dengan kekuatan jentera UMNO-BN, tetapi kita tidak tewas dengan pergantungan kepada Allah SWT. Usaha kita sememangnya sangat sedikit, tetapi keikhlasan kita mengundang tentera Allah bagi memenangkan kita.

Sekali Allah menyebut "kun" maka majoriti rakyat Malaysia akan memangkah PR dan tumbanglah UMNO-BN. Bagaimana mahukan Allah untuk mentaqdirkan kemenangan itu? Dengan doa kita semua. Setelah kita bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan dan persiapan, maka marilah kita semua berdoa kepada Allah, moga usaha kerdil itu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita telah berusaha bagi menumbangkan sebuah kuasa zalim dan angkuh UMNO-BN. Marilah kita berdoa moga Allah membukakan hati-hati kita semua seluruh rakyat Malaysia agar melihat yang benar itu benar, yang salah itu salah dan diberi kekuatan untuk memilih yang benar.

Amin... amin.....

Ini Kalilah...

Monday, April 22, 2013

22 Calon Bebas akan jadi tukang kempen penaklukan Putrajaya

(Ibnul Munzir)

Apabila parti yang memegang tampuk kerajaan sudah berani bertanding untuk calon Bebas, ertinya kerajaan yang dipimpinnya akan tumbang. Kenapa saya berkata demikian? Sebab, mereka adalah pemimpin. Mereka mempunyai penyokong dan mereka mempunyai jentera akar umbi.

Mereka sanggup dikenakan tindakan parti yang selama ini mereka agungkan. Parti yang selama ini menjadi tempat periuk nasi mereka mendapatkan projek dan kekayaan. Ertinya tindakan mereka bukan tindakan yang kecil. Tindakan yang mustahil disebabkan kena beli, disogok oleh parti lawan dan sebagainya.

Kesemua mereka ini melibatkan lebih 15 kerusi DUN dan Parlimen. Mereka akan menjadi pemecah undi. Kesannya, parlimen dan DUN yang yang melibatkan mereka ini akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat (insyaAllah).

Dari segi kerusi, mungkin tidak banyak berbanding keseluruhan kerusi DUN dan Parlimen yang dipertandingkan, tetapi dari segi moral dan kesannya pasti akan menjadi bom nuklear yang akan mencabut nyawa UMNO dan Barisan Nasional. Apatah lagi mereka yang terlibat ialah public figure seperti Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Datuk Seri Mohd Shariff Omar, bekas Timbalan Menteri Pertanian. Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan bekas ahli-ahli Parlimen yang mempunyai network yang bukan sedikit. Mereka pasti akan ditanya oleh rakan-rakan dan saudara mara. Bila ditanya pasti mereka akan menerangkan, dan inilah virus yang akan membarah dan membunuh UMNO.

Bila mereka bertanding, mereka pasti nak menang. Setidak-tidaknya ingin memastikan wang deposit tidak hangus. Selama 15 hari mereka akan kempen habis-habisan. Segala kebobrokan UMNO akan terbongkar satu-persatu. Kalau dulu hanya parti pembangkang yang mendedahkannya, tapi kali ini para pemimpin mereka sendiri yang mengesahkannya... Rakyat akan mendapat maklumat percuma dari 22 orang tukang kempen ini untuk menamatkan riwayat UMNO yang sombong dan zalim itu.

Itulah harapan rakyat. Itulah doa rakyat yang dizalimi, doa yang tiada hijab. Doa yang pasti akan dimakbulkan oleh Allah samada cepat atau lambat.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah". (HR Muttafaq 'Alaih).

Dari Anas bin Malik katanya Nabi SAW bersabda:
"Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah."(HR Ahmad - Al Albani menyatakan hadis hasan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...