Wednesday, April 24, 2013

Hari-hari ku dengar duit negara hilang! Kali ini Najib yang bawa lari?

(Ibnul Munzir)

Berita mengenai sejumlah RM7 billion dilarikan DS Najib ke akaun sulit di Pulau Cayman, bahagian Barat Kepulauan Caribean, sangat mengejutkan dan memalukan. Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Saya bukan pengulas ekonomi, tetapi saya ingin melihat dari sudut kewajaranwang sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun sulit yang tidak tahu ke mana akan dibelanjakannya.

Apakah perlunya sesuatu transaksi dan urusniaga itu dirahsiakan? Sedangkan semua urusan kerajaan adalah amanah yang perlu diketahui umum. Samada ia berjaya atau ia gagal, ia adalah hak umum. Malah kerajaan Malaysia sendiri adalah milik rakyat malaysia.

Sesuatu urusniaga yang dirahsiakan pasti mengandungi unsur-unsur yang tidak baik atau penyelewengan. Jika tidak kenapa harus berahsia?

RM7 billion bukan suatu yang sedikit. Kalau sebuah sekolah berharga RM1 juta, maka ia boleh membina 7000 buah sekolah. Kalau sebuah hospital berharga RM4 juta ia boleh membina 1,750 buah hospital. Kalau lebuhraya sepanjang 1 km berharga RM1.5 juta, ia boleh membina lebuhraya sepanjang 4,666 km iaitu dari Kota Bharu Kelantan ke Kuala Lumpur.

Berapa ramai rakyat Malaysia beroleh manfaat jika wang rakyat itu digunakan pada jalan yang betul. Subhanallah. Hampir setiap hari aku mendengar duit negara hilang hasil pemerintahan UMNO-BN. Ke mana nak dibawanya wang sebegitu banyak? Kubur mana yang nak terima? Tapi kerana kerakusan dan menganggap hidup adalah sekali dan selamanya, maka inilah jadinya.

Ayuh saudaraku... selamatkan Malaysia pada PRU13 yang tidaka berapa hari lagi...

Ini kalilah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...