Tuesday, April 23, 2013

Ayuh membina Malaysia Baru dengan doa

Ibnul Munzir

Kalau mahu dibandingkan antara jentera UMNO-BN dengan PR, maka umpama membandingkan seekor kuman dengan seekor gajah. Kalaulah kemenangan itu berkadar terus dengan kelengkapan dan kehebatan jentera pilihanraya, maka UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya. Mujurlah Allah tidak memberikan kemenangan berdasarkan itu semua, tetapi Allah memberikan kemenangan apabila Dia menghendakinya. Inilah keadilan Allah.

Pilihanraya ini umpama peperangan juga. Lihatlah di Badar Al-Kubra. Sirah peperangan yang selalu kita jadikan rujukan. Allah memenangkan tentera Islam pimpinan manusia agung, Rasulullah SAW. Tentera Islam yang jauh lebih sedikit bilangannya, hanya bersenjata pelepah tamar dan senjata yang ala kadar, telah mendapat kemenangan melawan tentera kufar yang begitu lengkap bersenjata dengan bilangan yang lebih ramai. Kenapa? Kerana kemenangan itu bukanlah kerana itu semua. Tetapi kemenangan itu adalah milik Allah. Dia berkuasa memberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Kelengkapan dan persediaan itu dituntut untuk kita menyediakannya kerana di situ tersedia pahala yang besar. Allah tidak bertanya kenapa kamu menang/kalah, tetapi Allah bertanya apa yang kamu lakukan untuk menang/kalah. Inilah aqidah murni yang kita pegang.

Dalam peperangan pilihanraya ini ia melibatkan hati-hati manusia. Fizikal boleh dibeli, tetapi hati tak boleh dibeli. Sebab itu, biarlah kita tewas dengan kekuatan jentera UMNO-BN, tetapi kita tidak tewas dengan pergantungan kepada Allah SWT. Usaha kita sememangnya sangat sedikit, tetapi keikhlasan kita mengundang tentera Allah bagi memenangkan kita.

Sekali Allah menyebut "kun" maka majoriti rakyat Malaysia akan memangkah PR dan tumbanglah UMNO-BN. Bagaimana mahukan Allah untuk mentaqdirkan kemenangan itu? Dengan doa kita semua. Setelah kita bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan dan persiapan, maka marilah kita semua berdoa kepada Allah, moga usaha kerdil itu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita telah berusaha bagi menumbangkan sebuah kuasa zalim dan angkuh UMNO-BN. Marilah kita berdoa moga Allah membukakan hati-hati kita semua seluruh rakyat Malaysia agar melihat yang benar itu benar, yang salah itu salah dan diberi kekuatan untuk memilih yang benar.

Amin... amin.....

Ini Kalilah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...